Buat video review positif mengenai EASE, tag kami di sosial media anda dan tebus wang tunai RM20!

1. Bagaimanakah cara penggunaan EASE Nasal Stick?

Tutup hidung kiri, masukkan EASE Nasal Stick ke hidung kanan dan hidu sedalam-dalamnya. Kemudian, lakukan langkah yang sama pada hidung kiri juga. Ulang proses ini sehingga rasa segar atau hilang rasa hendak merokok/vape. Bagi pengguna yang merokok/vape, lakukan proses ini setiap kali rasa ingin merokok.

2. Apakah bahan-bahan terkandung di dalam EASE Nasal Stick?

EASE Nasal Stick diformulasikan dengan 100% bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan. Kandungan utama EASE ialah minyak pati cengkih, minyak pati limau gedang dan minyak pati peppermint.

3. Adakah EASE Nasal Stick mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ya, EASE Nasal Stick mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor berdaftar MAL20036042TC.

4. Selain untuk berhenti merokok dan vape, apakah kegunaan EASE Nasal Stick yang lain?

EASE Nasal Stick boleh digunakan untuk individu yang mempunyai masalah resdung, selsema, hidung tersumbat dan migrain.

5. Adakah semua individu sesuai menggunakan EASE Nasal Stick?

EASE Nasal Stick boleh digunakan oleh semua individu termasuklah kanak-kanak seawal umur 2 tahun, wanita hamil dan warga emas. Mereka yang mengidap G6PD adalah tidak digalak menggunakannya.

6. Apakah tips penjagaan dan penggunaan EASE Nasal Stick?
● Simpan EASE Nasal Stick di tempat tertutup.
● tidak terdedah terus kepada cahaya matahari untuk mengelakkan dari kering yang membuatkan bau cepat hilang kerana minyak pati mudah meruwap.
● Minum banyak air kosong untuk percepatkan proses detoksifikasi. Anda akan kerap merasa haus kerana ini antara tindak balas daripada minyak pati dalam EASE Nasal Stick tersebut.
● Konsisten menggunakan EASE Nasal Stick kerana produk natural memerlukan sedikit masa untuk memberi kesan yang terbaik.

7. Berapa lamakah jangka masa untuk menghabiskan satu EASE Nasal Stick?

Ia bergantung kepada kekerapan penggunaan setiap individu. Secara puratanya, ia mampu bertahan maksimum sehingga 3 bulan.
 
8. Jika sudah habis dan ingin meneruskan penggunaan EASE Nasal Stick, adakah saya perlu beli yang baru?

Tidak perlu, anda boleh dapatkan pek refill yang bernilai RM59 dan boleh refill sehingga kali penggunaan.
 
9. Berapa lamakah masa yang diambil untuk berhenti merokok atau vape jika menggunakan EASE Nasal Stick?

Ia berbeza mengikut individu. Berdasarkan maklumbalasyang diterima, paling cepat adalah satu minggu. Oleh itu, kami menyarankan untuk menggunakan EASE Nasal Stick secara konsisten sehingga hilang ketagihan untuk kembali merokok dan vape.
 
10. Adakah EASE Nasal Stick mempunyai kesan sampingan jika berhenti menggunakannya?

Tiada.
 
11. Saya merokok/vape dan ingin berhenti. Jika saya menggunakan EASE Nasal Stick, adakah saya perlu berhenti serta merta?

Tidak. Boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan kuantiti rokok dalam sehari. Sebagai contoh, daripada 12 batang sehari ke 5 batang sehari. Jika anda rasa ingin merokok, hidu Ease Nasal Stick terlebih dahulu sehingga rasa ingin merokok/vape itu hilang.
 
12. Saya baru sahaja cuba EASE Nasal Stick dengan harapan untuk berhenti merokok. Namun saya mengalami masalah susah tidur malam dan tidak boleh fokus apabila melakukan pekerjaan. Apakah faktor yang menyebabkan masalah-masalah sebegini berlaku?

Untuk pengguna baru EASE Nasal Stick yang berkeinginan untuk berhenti merokok atau vape perlu ambil maklum tentang Nicotine Withdrawal Effect.
Antara simptom-simptom Nicotine Withrawal Effect ini termasuklah:
● Ketagihan nikotin
● Lesu
● Sukar untuk fokus
● Masalah tidur malam
● Demam
● Senang beremosi
● Keresahan (anxiety)
● Penambahan selera makan
● Penambahan berat badan

Simptom-simptom ini hanya akan berlaku sehingga nikotin yang terkandung dalam badan telah dikeluarkan secara keseluruhan iaitu dalam masa 21 hari tanpa pengambilan sebarang nikotin. Setiap individu akan mengalami simptom yang berbeza bergantung kepada berapa lama individu tersebut merokok atau vape. 

13. Saya sudah beli EASE Nasal Stick, tapi kenapa bila saya cuba saya tidak dapat menghidu bau apa-apa minyak pati?

Kami menyarankan anda untuk menggunakan Ease Nasal Stick secara konsisten dan kurangkan atau tidak merokok dan vape selama tempoh tersebut untuk melihat keberkesanan produk. Antara kesan-kesan merokok atau vape ialah mengurangkan deria bau individu.
 
14. Adakah EASE Nasal Stick melalui sebarang penyelidikan saintifik untuk membuktikan keberkesanannya?

Kami sedang melakukan kajian dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanan EAE Nasal Stick dalam menagani isu ketagihan merokok/vape bersama Doktor penyelidik dari USM.

Sebarang pertanyaan lain, klik butang Whatsapp yang tertera.
 

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?