Polisi Pemulangan & Bayaran Balik (Money Back Guarantee)
Sekiranya anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan Ease Nasal Stick yang diterima, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di butang Whatsapp yang tertera. Anda WAJIB mematuhi segala terma dan syarat untuk proses pengesahan bayaran balik.
Polisi ini tertakluk kepada keadaan tersebut :
- Produk diterima mengalami kerosakan (defect)
- Produk diterima tidak mencukupi
- Tiada kesan positif setelah menggunakan produk selama 21 hari dengan konsisten dan saranan
Terma dan Syarat Penting:
- Untuk keadaan No 1 dan No 2, anda WAJIB sertakan bukti video yang telah direkod semasa membuka bungkusan.
- Permintaan pemulangan mestilah dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pesanan diterima.
- Setelah permintaan anda diluluskan, pihak kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk makluman lanjut.
- Item yang ingin dipulangkan mesti dihantar semula ke Gritz dalam tempoh 3 hari bekerja selepas kelulusan permintaan.
- Item yang dipulangkan MESTI berada dalam keadaan asal, termasuk pembungkusan yang belum dibuka, tidak digunakan, tidak bertanda dan tidak rosak dalam apa jua cara.
- Kos penghantaran pemulangan tidak akan ditanggung oleh Gritz.
- Pelanggan bertanggungjawab terhadap risiko dan keadaan item yang dipulangkan sehingga ia diterima oleh pihak Gritz. Gritz tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran.
- Pelanggan digalakkan membungkus item dengan kemas dan selamat untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada item, kotak penghantaran, atau pembungkusan asal.
- Bayaran balik akan dibuat berdasarkan nilai produk yang dibayar ketika pembelian, tidak termasuk caj penghantaran dan kupon diterima.
- Sebarang pemulangan tanpa kelulusan rasmi daripada Gritz tidak akan diterima, tidak akan dikembalikan atau tidak akan diberi bayaran balik.
- Pihak Gritz mengawasi semua pemulangan bagi mengelakkan penyalahgunaan polisi dan berhak untuk mengehadkan jumlah pertukaran atau pemulangan pada bila-bila masa.