Buat video review positif mengenai EASE, tag kami di sosial media anda dan tebus wang tunai RM20!

Diasaskan oleh Rita Omar, seorang Aromaterapis Bertauliah dari International Federation of Aromatherapists (IFA), UK, syarikat ini bermula sebagai Ritz Herbs & Aroma Trading — sebuah pusat latihan aromaterapi yang bertujuan melahirkan pengamal berpengetahuan dalam bidang kesihatan holistik.

Menjelang tahun 2017, Ritz mula memberi tumpuan kepada pasaran runcit dengan memperkenalkan rangkaian produk aromaterapi semula jadi yang dirumus secara teliti untuk menyokong kesejahteraan emosi dan fizikal. Dengan gabungan elemen pendidikan, keaslian, dan inovasi, kami berdedikasi mempromosikan gaya hidup sihat melalui kuasa penyembuhan tumbuhan.

Pada tahun 2022, kami melangkah lebih jauh dengan penubuhan GRITZ SDN. BHD., sebagai jenama rasmi yang kini menjadi peneraju dalam penghasilan produk minyak pati berkualiti tinggi - termasuk produk inovatif kami, Ease Nasal Stick.

Jenama GRITZ terus melangkah ke hadapan dan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa. Sehingga April 2025, GRITZ dengan bangganya telah berjaya menembusi pasaran di Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.Kejayaan ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk membawa manfaat aromaterapi semula jadi ke seluruh dunia.

MISI KAMI BERSAMA EASE NASAL STICK- MEWUJUDKAN KOMUNITI BEBAS ASAP ROKOK

Teras misi kami terletak komitmen mendalam untuk Memperkasa Kesihatan, Memberi Perubahan. Kami berdedikasi untuk membina komuniti bebas asap rokok melalui usaha berterusan dalam pendidikan, sistem sokongan yang kukuh, dan penyelesaian inovatif. Semangat kami yang tidak pernah luntur terhadap kehidupan yang lebih sihat menjadi pemacu utama dalam mewujudkan persekitaran yang bebas daripada bahaya merokok, sekaligus memperjuangkan kesejahteraan dan daya hidup di setiap kejiranan yang kami sentuh.

Kami percaya bahawa dengan memperkasakan individu melalui pengetahuan, menawarkan sokongan yang penuh empati, dan menggunakan strategi terkini akan dapat mencipta masa depan masyarakat yang lebih baik dan persekitaran yang sihat untuk masyarakat. Gritz Sdn Bhd bukan sekadar sebuah syarikat; kami adalah pemangkin perubahan positif, berusaha tanpa henti untuk membina komuniti di mana setiap nafas adalah satu langkah ke arah kesihatan yang lebih baik.

Syarikat kami telah membangunkan inhaler inovatif yang direka khas untuk membantu individu yang bergelut dengan ketagihan merokok dalam perjalanan mereka untuk berhenti, melalui program berfasa selama 21 hari berturut-turut. Inhaler ini bukan sahaja membantu ketika proses anda berhenti merokok, tetapi juga mempunyai pelbagai fungsi kesihatan yang lain, termasuk kepada sistem pernafasan anda.

Misi kami untuk 5 tahun seterusnya adalah untuk merelialisasikan impian kami untuk bantu sekurang-kurangnya SEJUTA perokok BEBAS ASAP dengan EASE NASAL STICK. 

ANUGERAH DITERIMA: 

1) SUPERB TERAJU 2021

Gritz telah dianugerahkan Anugerah SUPERB 2021 yang berprestij oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan kami dalam inovasi dan keunggulan keusahawanan dalam industri aromaterapi. Anugerah ini, yang turut disertakan dengan dana sokongan yang besar, akan membantu kami mengembangkan lagi misi untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui produk semula jadi dan berkualiti tinggi.

Kejayaan ini mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap kesihatan holistik dan peranan kami sebagai peneraju dalam sektor aromaterapi.

2) ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR 2024 (AINS)

Gritz Sdn Bhd telah merangkul NAIB JOHAN di Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2024 menerusi produk inovatif kami, Ease Nasal Stick.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam industri aromaterapi. Anugerah ini mencerminkan semangat kami dalam mempromosikan kesejahteraan, dan menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan produk semula jadi yang berkualiti tinggi demi kebaikan rakyat Malaysia.

Kejayaan ini sekali lagi mengukuhkan peranan kami sebagai peneraju dalam sektor aromaterapi dan dedikasi kami terhadap kesihatan holistik.

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?